Pagi yang panas.
Matahari memancar terik.
Tepat jam sepuluh loceng sekolah berdering.
Waktu rehat bermula.
Berhamburan seluruh isi kelas keluar ke padang.
Mengisi ruang hijau, yang pada mulanya kosong, dengan berbagai aktiviti.
Ada yang duduk bawah pohon rendang berbual bual.
Ada yang berlari di padang memulakan permainan jebat duduk atau police & thieves.
Kantin sedikit lengang.
Hanya murid darjah rendah yang membeli dan duduk makan.
Ada juga beberapa murid darjah atas yang membeli makanan tapi dengan perasan sedikit malu.
Habis diketahui orang yang beliau itu tidak berpuasa.
Di dalam kelas badan terasa lesu dan mengantuk akibat perut kosong.
Walaupun bersahur , perut masih terasa lapar.
Sahur hanya ala kadar setelah abah beberapa kali mengejut .
Memaksa bangun aku yang sedang lena tidur.
Telan nasi tidak seberapa kerana mata lebih lapar dengan tidur.
Bila loceng rehat berdering badan jadi segar.
Berlari ke padang di bawah cahaya terik bersama kawan lain untuk memulakan permainan.
Kejar mengejar ketawa keseronokkan.
Lupa pada badan lesu.
Lupa pada perut lapar.
Tepat setengah jam, sekali lagi loceng berbunyi tanda tamat rehat.
Cepat berlari , memanjat tangga ke tingkat dua untuk masuk ke kelas.
Tiba tiba terasa kepala ringan dan badan melayang.
Kawan tegur muka sudah pucat dan bibir jadi biru.
Kebetulan abah lalu dan kawan menjerit memanggil “Cikgu! Cikgu! Dia macam nak pitam!”.
Abah terus mendapatkan aku,lihat muka sudah seperti mayat.
Terus bergegas dukung badan dan bawa pulang ke rumah.
Badan panas.
Tekak loya.
Muntah buih.
Abah bawak ke klinik Punaya.
Di periksa doktor,diberi ubat dan disuruh rehat.
Balik rumah di dukung abah tak bermaya tapi tangan mengenggam lollipop perasa sarsi pemberian jururawat di dispensari.
Demam panas dan diberi makan roti cicah susu sahaja.
Terus tidak berpuasa beberapa hari.
Pengalaman puasa tahun pertama.
Mana mungkin di ulang lagi.