Tuesday, April 27, 2010

Mari pergi pulau

Esok pagi akan terbang ke Kota Bharu dan bergerak ke Kuala Besut dan naik bot ke Perhentian.

Perasaan - YAY!

Tapi barang tak packing lagi..huuhuuuu

PS: Selamat ke Tanah Suci buat keluarga SK.

Sunday, April 25, 2010

Sabtu, 24 April

Semalam, lepas mood berhujung minggu di'spoil'kan oleh panggilan daripada logistik exec, saya pulang dari makan pagi ( tengah hari more likely)dengan muka kelat tak dapat makan roti canai dan perut tak kenyang makan meggi goreng ke rumah kecil saya.

Sampai rumah saya kemaslah sikit rumah yang macam tongkang pecah.
Jemur bantal, jemur duvet.
Buat laundry.
Siap semua terpandang pada DVD yang banyak banyak staking di rak TV.
Tengok movielah.

Mansfield Park
Emma
Stage Beauty
Shakespeare In Love

Tonton movie di atas berturut turut.
Buat trivia la sikit pasal movie movie tulah

1. Mansfield Park & Emma adalah movies based on Jane Austen novels.
2. Semua filem adalah berlatar belakangkan zaman Inggeris lama.
3. Stage Beauty dan Shakespeare In Love adalah filem related to pembikinan theater di playhouse.Stage Beauty was based on story of 17th century English Actor yang famous berlakon watak wanita.Shakespeare In Love was based on story 16th century English playwright,actor & poet William Shakespeare yang berskandal dengan gadis nobel dalam menghasilkan play Romeo & Juliet.
4. Gwyneth Paltrow, seorang actress America, berlakon sebagai fine English lady dalam filem Emma dan Shakespeare In Love. Her English accent was so good in both films.
5. Ada watak raja raja England dalam 2 movie - Queen Elizabeth I dalam Shakespeare In Love dan King Charles II. Macam biasa royalties were so damn rich and they can do whatever they want back then.

Sebenarnya trivia saya ni panjang lagi..tapi nak berhenti menaip pasal mahu tonton Vanity Fair pulak..heheheh
Tengah cari DVD Vanity fair terjumpa DVD Sense and Sensibility. Another filem based on Jane Austen novel. Movie marathon lagilah hari ni..ada yang tak gi swimmingg huhuhu

PS: tukar channel TV ternamapk Yuna jadi spokeperson for sanitary pad baru- Libress namanya. Wah gila laku dia sekarang

Sunday, April 4, 2010

Mari pergi berenang ! Part 1

Saya mula berenang secara aktif sejak Disember tahun lepas.
Secara aktif ni bermaksud berenang lebih daripada 3 kali seminggu.
Tujuan berenang secara aktif adalah untuk jaga kesihatan dan juga satu cara saya melepaskan stress di tempat kerja.
Dalam sejam yang saya luangkan untuk berenang saya dapat tinggalkan masalah saya.
Hasilnya badan sihat, stress kurang dan tidur malam lebih nyenyak.
Ada 3 kolam renang yang saya selalu gunakan.
Yang paling kerap saya gunakan adalah kolam yang berdekatan dengan rumah.
Seminggu sekali saya akan pergi ke kolam yang ada McSteamy dan McDreamy di pusat pentadbiran negara.
Kalau hari hujan di kolam McSteamy dan McDreamy, saya akan pergi ke kolam di atas bukit yang berdekatan dengan sekolah sukan.
Dalam sibuk berenang saya juga perhatikan gelagat orang orang yang occupy kolam renang.
Di tiga-tiga kolam yang saya guna saya perhatikan ada satu budaya.
Budaya pergi berenang tapi tidak.
Mereka yang embrace budaya ni biasanya akan duduk bersidai di tebing kolam berjam-jam lamanya.
Setiap kali saya masuk ke kawasan kolam mereka ini akan memerhatikan saya atas bawah.
Check it out, istilah kawan saya.
Di wajah mereka ada satu ekspresi yang saya panggil 'tengoklah aku pandai berenang kau tah hapa hapa berbanding aku'.
Bila saya masuk ke dalam air, mereka masih memberikan ekspresi muka yang sama.
Biasanya saya ignore mereka dan teruskan lap swimming saya.
Bila habis 5 lap (500 meter), saya perhatikan mereka masih di spot yang sama.
Bersidai di tepi kolam.
Peh...kalau setakat berendam tak payahlah buat ekspresi muka yang di atas ye tak?
Bila saya habis 5 lap yang seterusnya mereka masih lagi di spot yang sama.
Saya buat kesimpulan kat kolam pun ada posers...tak berenang tapi macam buat muka cam bagus berenang.
Ingatkan kat gigs atau club aje ada orang camni.
Di swimming pool pun ada.
Di kolam juga ada pervert, kaki skodeng dan banyak lagi.
Nanti saya cerita di part 2.