Saya mula berenang secara aktif sejak Disember tahun lepas.
Secara aktif ni bermaksud berenang lebih daripada 3 kali seminggu.
Tujuan berenang secara aktif adalah untuk jaga kesihatan dan juga satu cara saya melepaskan stress di tempat kerja.
Dalam sejam yang saya luangkan untuk berenang saya dapat tinggalkan masalah saya.
Hasilnya badan sihat, stress kurang dan tidur malam lebih nyenyak.
Ada 3 kolam renang yang saya selalu gunakan.
Yang paling kerap saya gunakan adalah kolam yang berdekatan dengan rumah.
Seminggu sekali saya akan pergi ke kolam yang ada McSteamy dan McDreamy di pusat pentadbiran negara.
Kalau hari hujan di kolam McSteamy dan McDreamy, saya akan pergi ke kolam di atas bukit yang berdekatan dengan sekolah sukan.
Dalam sibuk berenang saya juga perhatikan gelagat orang orang yang occupy kolam renang.
Di tiga-tiga kolam yang saya guna saya perhatikan ada satu budaya.
Budaya pergi berenang tapi tidak.
Mereka yang embrace budaya ni biasanya akan duduk bersidai di tebing kolam berjam-jam lamanya.
Setiap kali saya masuk ke kawasan kolam mereka ini akan memerhatikan saya atas bawah.
Check it out, istilah kawan saya.
Di wajah mereka ada satu ekspresi yang saya panggil 'tengoklah aku pandai berenang kau tah hapa hapa berbanding aku'.
Bila saya masuk ke dalam air, mereka masih memberikan ekspresi muka yang sama.
Biasanya saya ignore mereka dan teruskan lap swimming saya.
Bila habis 5 lap (500 meter), saya perhatikan mereka masih di spot yang sama.
Bersidai di tepi kolam.
Peh...kalau setakat berendam tak payahlah buat ekspresi muka yang di atas ye tak?
Bila saya habis 5 lap yang seterusnya mereka masih lagi di spot yang sama.
Saya buat kesimpulan kat kolam pun ada posers...tak berenang tapi macam buat muka cam bagus berenang.
Ingatkan kat gigs atau club aje ada orang camni.
Di swimming pool pun ada.
Di kolam juga ada pervert, kaki skodeng dan banyak lagi.
Nanti saya cerita di part 2.
check it out!!!
ReplyDelete