Thursday, July 8, 2010

Uda dan Dara

Uda bilang rindu.
Uda bilang dia sangat rindu.
Uda bilang lagi yang dia sangat rindu.
Nampak sangat Uda gila bayang.
Dara buat donno sahaja.
Dara rimas dan sudah tiga minggu cuba mengelak dan melarikan diri.
Tapi Uda sangat tekun dan penuh keyakinan.
Kerap kata yang dalam hati Dara ada kasih sayang yang mendalam untuk beliau.
Mungkin juga Uda ingat yang kasih sayang itu terpenjara dan perlu dibebaskan.
Jika bebas, kasih sayang itu sangat pasti untuknya.
Dara akan menyayangi beliau sepenuh hati.
Naif.
Sungguh naïf.
Apa yang Uda tidak tahu ialah hati dara kosong.
Tiada perasaan yang dapat Dara ungkap untuk Uda.
Tiada perasaan yang boleh digambarkan tentang Uda.
Kasih sayang yang Uda rasa dia nampak dari Dara adalah hanya perilaku Dara yang biasa.
Perilaku Dara yang telah di didik untuk menghormati setiap insan sama rata tanpa beza taraf, pangkat & bangsa.
Perilaku Dara yang telah menjadi adab dan tertib dan cara hidup.
Dara juga ada sifat nakal.
Naturally charming.
Sangat pandai bermain kata kata dan menelan benci dan jelek.
Niat hati untuk jaga hati dan perasaan Uda.
Pada Dara, Uda sama seperti lelaki lain.
Tiada istimewa cuma flavor of the month.
Terjumpa ketika perlu.
Harapan Uda jadi beban.
Bila diungkapkan berulang kali Dara jadi rimas.
Dara buat tak tahu.
Jauh di sudut hati dara tahu itu salah tapi diamkan saja.
Hakikat perit sekira Uda tahu perkara sebenar.
Yang Dara masih meratap kasih yang tiada penghujung.
Kasih yang telah meninggalkan parut yang sangat dalam jauh di sudut hati Dara.
Yang ada masa masanya berdenyut sakit jika tersentuh.
Sakit.
Perit.
Penangan cinta agung.

No comments:

Post a Comment