* Pic is googled, the guy is playing gambang
Lepak atas katil,tonton idiot box yang menayangkan promo tentang 1 Malaysia yang ada alunan Gamelan.
Teringat yang saya dahulu pernah pandai bermain peralatan Gamelan semasa di sekolah. Gamelan terdiri daripada gong, gendang,kenong,sarun,gambang dan bonang.
Semua orang tahu bentuk gong dan gendang.Gambang adalah seperti xylaphone, bilah dibuat dengan buluh dan pengetuknya ada 2. Sarun juga seperti xylaphone tapi bilah dibuat daripada keping logam dan pengetuknya seperti tukul. Kenong dan Bonang berbentuk seperti chaklempong. Kenong ada 3 chaklempong besar. Berfungsi seperti backup gong. Bonang bentuknya sama seperti chaklempong, ada 10, dan diketuk dengan 2 pengetuk secara bersilang.
Mula mula belajar bermain Gamelan semasa tingkatan 1.Saya main peralatan sarun. Berlatih hampir 3 bulan di rumah HEM yang kosong,yang kononnya berhantu,dengan peralatan Gamelan yang sudah beratus tahun.Bermain Gamelan untuk persembahan tarian Gamelan untuk lawatan Baginda Sultan Pahang ke sekolah. Lagu pertama yang dipelajari adalah Timang Burung. 1,2,3,5,3,6,5...itulah note lagu yang kena diingat...Lagu Timang Burung ni ada liriknya. Dan liriknya hanya diketahui bila saya berlatih di Muzium Sultan Abu Bakar ketika tingkatan 5 bersama jurulatih kami Pak Ungku,tak silap saya namanya.
Berlatih di muzium beri pengalaman berbeza. Latihan lebih teratur dan seperti biasa kami menggunakan peralatan yang sudah beratus tahun. Saya sudah graduate main sarun dan tukar peralatan. Saya main gambang yang lebih sukar. Rasa cam best aje.
Latihan mulanya di auditorium muzium tetapi kemudian di alih di bilik pameran yang menempatkan barang barang tinggalan the Late Sultan Abu Bakar. Berlatih hingga lewat petang dan kadang kadang ada spooky entertainment daripada staff muzium yang bekerja di bilik pameran tersebut.Bercerita kisah apa yang berlaku lepas muzium ditutup bila malam hari. Ada masa ketika berlatih ada muzium visitor yang lalu lalang. Tak pasal jadi performer free.Kali ini persembahan untuk Sultan Pahang untuk upacara perasmian Pesta Piala Perdana Menteri Kebangsaan di sekolah. Tiada tarian. Hanya kami, Gamelan troop.Dan juga dapat bermain pada malam Kecermelangan SBP yang mana Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi jemputan khasnya.
Tahun itu juga Gamelan troop kami dapat membuat persembahan di Legend Hotel KL buat beberapa hari bagi pihak muzium negeri sempena promosi Makanan Pahang di sana. Hanya junior junior saya yang dapat pergi. Saya terpaksa pergi ke Mentakab untuk Kem Bina Negara bagi batch form 5 kami yang nakal tahun itu. Gamelan troop saya dapat ke KL , dibayar buat persembahan dan saya sangkut di pusat latihan Felda Mentakab, dengan bau busuk kilang getah, tiada air bila mahu mandi dan di brainwash agar kami dapat keputusan cemerlang untuk SPM...
Masih teringat perasan excited sebelum memulakan persembahan. Kami akan berpakai seragam kebaya pahang kain tenun berwarna ungu...Pengalaman yang sangat berharga...
No comments:
Post a Comment