Thursday, November 19, 2009

Pisau Cukur



Saya kena gelar 'poyo'oleh rakan sekerja kerana selalu menonton cerita Melayu.
Masa jadi student di Cardiff dulu memang ulat wayang. Direct debit aje 12 pound sebulan daripada akaun dan boleh tonton wayang sebanyak mana yang boleh.Tidak di sini.12 ringgit pun boleh dapat satu tiket aje. Tak masuk kudap kudapan lagi...best betul masa tu...Balik Malaya lain pulak jadinya. Boleh kira ngan jari pergi tengok wayang. Lepas tu asyik tengok cerita Melayu..macam buang tebiat kawan kawan kata.
Yelah cerita Hollywood boleh dapat RM8 aje kalau lanun punya..tak potong pula tu..kalau tengok di panggung mesti kena carik...jadi tengoklah cerita Melayu.Mesti kurang potong.

Panjangnya intro.

Minggu lepas pergi tengok satu lagi cerita Melayu urban, Pisau Cukur, buah tangan pengarah muda Bernard Chauly. Dia pernah direct Gol & Gincu . Ada Fazura sebagai Intan, 1/2 of the Pisau Cukur dan Maya Karin sebagai Bella, another 1/2 of the Pisau Cukur. Secara keseluruhannya saya boleh simpulkan cerita ni boleh layan lah.Komedi dia komedi urban tapi diselitkan sedikit komedi slapstick yang datang dari Nabil.

Secara amnya begini.
Sesiapa yang suka Fazura, pergilah tengok cerita ni.
Sesiapa yang suka Maya Karin, pergilah tengok cerita ni.
Sesiapa yang suka Aaron Aziz, pergilah tengok cerita ni.
Cerita berkisar di atas kapal, tapi kapal dia CGI.
Ada adegan pil biru. Pil biru tu pil apa? Lu fikirlah sendiri.
Ada lawak budak gigi besi.
Ada lawak guru tarian yang tonggeknya over ( lakonan Elaine Pedley).
Ada ' Oh my Gucci!''Panas!' jadi taglines.
Ada ramai famous faces buat appearance.

Well saya suka cerita ni.Jadi pergilah layan
BTW ada berita yang Yasmin Ahmad's Muallaf will be screened in December.
I am patiently waiting...

P/S: Walaupun saya layan cerita Melayu tetapi dengan bangganya saya declare yang saya tak pernah tgk mahupun suka akan karya En. Latif Mohie apa ntah. dan juga uncle Yusof Haslam. Pasal apa? Aku punya sukalah aku nak suka sapa punya karya...

No comments:

Post a Comment