Satu panggilan telefon telah membuatkan diri ini ingin menulis tentang kasih sayang cinta.
Ada bait lagu yang bermain di kepala bila saya tulis entry ini;
Kasih sayang, terlalu banyak untuk dikenang, yang membuat remaja patah hati...
Seingat saya ini lagu lama. Rentak retro,dinyanyikan gadis berkaca mata besar dan groovy.
Saya wujud kerana kasih sayang cinta yang ada pada dua ibu bapa.Nyawa diberi oleh Yang Esa juga kerana kasih sayang cinta. Saya menjadi manusia kerana kasih sayang cinta daripada keluarga dan masyarakat. Jadi kasih sayang cinta tak boleh dipisahkan daripada jasad dan nyawa.
Kasih sayang cinta mewujudkan pengorbanan.
Kasih sayang cinta menjadikan hidup itu sempurna.
Kasih sayang cinta membuatkan insan itu waras dan gila.
Kasih sayang cinta menyebabkan kejayaan. Dan juga kegagalan.
Kasih sayang cinta melahirkan rasa gembira atau sengsara yang berpanjangan.
Tanya tentang sengsara yang berpanjangan, saya punya cerita benar yang boleh dikongsi.Tapi mungkin lain kali.
Tapi ada satu perkara yang saya sangat curious.
Macam mana equation pembahagian untuk kasih sayang cinta?
Kalau macam ibu bapa. Contoh ada 4 anak. Apa formula pembahagi kasih sayang mereka?
Mungkin jawapan ni saya akan tahu bila saya ada anak sendiri.
Bagaimana dengan cinta?
Ini memang misteri.
Saya jumpa orang yang boleh bahagi cinta mereka dengan ramai orang sekaligus.
Poligami adalah satu situasi.
Balak yang ada ramai awek and vice versa adalah satu lagi situasi.
Dan saya alami sendiri seorang suami pada seorang isteri boleh bagi ruang cinta untuk kekasih gelap dan vice versa.
So macam mana dia punya formula pembahagi untuk cinta dengan situasi tersebut?
Tolong bagitau kalau ada siapa siapa tahu ye!
No comments:
Post a Comment