Thursday, May 20, 2010

Perhentian- 4 hari 3 malam, 28 April -1 Mei #1


Perjalanan bermula pukul empat setengah pagi.
Diri terbangun bila alarm phone berbunyi,di tambah pula terkejut terasa benda berbulu dekat perut.
Benda berbulu adalah kucing oren yang mengada ngada manja nak tidur dengan mak tirinya.
Kucing tersebut pula bila tidur boleh mengigau.
Ajaib sungguh.
Dengan kelat mata tak cukup tidur bergerak ke bilik air dan bersiap.
Hanya dapat tidur kurang 3 jam. Sampai dari Meru pukul 12 tengah malam kerana membantu rakan seperjalanan packing barang beliau dalam beg besar di samping berborak dengan ibu beliau.
Siap mandi dan bersiap, ketuk bilik driver untuk ke Subang Skypark.
Rakan seperjalanan pun bersiap sambil mata masih tidur.
Flight Firely pukul 7.05 pagi, bergegas keluar rumah pukul 6.05 pagi dan sampai terminal pukul 6.30 pagi.
Said bye bye to driver dan Cik Kelish dan dengan kecohnya kami berdua check in di kaunter.
Kerana kekecohan tersebut kami jadi entertainer kepada insan insan lain yang berada di terminal pagi itu.
Pagi Rabu, kebanyakan insan ingin terbang atas urusan kerja.Wajah masing masing penuh kelesuan akibat bangun pagi dan mungkin memikirkan kerja yang menunggu di destinasi perjalanan.
Mata saya tak lesu walaupun tak cukup tidur disebabkan kechomelan abang airport sekuriti yang bertugas meng'scan' bagasi kami.
Aum..heeheee
Lepas check in segala, pergi dapatkan segelas kecil kopi dan kami masuk ke balai berlepas.
Habis segelas kopi, gate di buka dan kami pun panjatlah ATR-500s untuk ke KBR.
ATR-500s tinggalkan tarmac dengan lancar dan kami tinggalkan SZB,kerja,masalah kerja dan segala masalah lain di situ.
Here we come Perhentian!
Ambik gambar matahari naik di horizon,galak galak sikit dan kami dihidangkan muffin oren dan air oren untuk sarapan.
Tepat pukul 8.05,ATR-500s kami tiba di KBR. Kecik aje airporto dia.
Touchdown, ambik bagasi di carousel dan terus nampak Abang Lan dengan kertas putih tertulis nama sebesarnya. Kami dah jumpa driver kami.
Selamat datang ke Kota Bharu!

No comments:

Post a Comment