Sampai Kota Bharu di sambut dengan senyuman Abang Lan yang akan membawa kami ke Kuala Besut.
Ketika bergerak ke van pengangkutan, Abang Lan bertanya kami sama ada sudah bersarapan ke belum.
Kami geleng kepala dan terus dia cadangkan kami bersarapan di kedai kecil di depan KBR. Speciality kedai itu - Nasi pagi, ayam kampung goreng,daging salai dan kari serati.
Rakan seperjalanan tercengang mendengar nasi pagi.
Apa itu? Tanyanya.
Saya hanya senyum dan berkata.Tengoklah sendiri.
Kedai nasi pagi penuh dengan awe dan mek menikmati hidangan.
Selain abang Lan, saya dan teman seperjalanan seperti 'sore thumb'.Orang luar.Pelancong dari KL.
Saya buat muka tak malu dan terus order nasi,kari serati dan seketul ayam goreng. Rakan seperjuangan buat benda sama.
Sedap.Memang sedap.
Sambil makan mata melirik melihat patron kedai tersebut yang pelbagai.
Usai makan dan buat bayaran kami panjat van abang Lan dan teruskan perjalanan ke Kuala Besut yang ambil masa lebih kurang satu jam.
Rakan seperjuang yang sudah kenyang melelapkan mata mengganti tidur.
Saya berborak melayan abang Lan dengan cerita semasa.
Perjalanan is uneventful.
Tiada traffic jam,kurang traffic light dan tidak rush.
Sepanjang perjalanan mata disajikan dengan pemandangan kampung.
Rumah tersusun,pokor nyior melambai, kebun tembakau dan sawah padi.
Sungguh berbeza sekali dengan hiruk pikuk bandar.
Kami sampai di Kuala Besut lebih kurang pukul 10 pagi, dihantar di depan office resort dan di sambut oleh perempuan tua Cina, Mek Yang (later to be known as Datin Yang).
Rupa-rupanya Mek Yang adalah towkay resort penginapan kami. Ramah melayan kami. Bercakap dengan pekat loghat Kelantan.
Pada saya Jeti Kuala Besut looks so familiar.Ini mungkin disebabkan saya baru saja ke sana bulan Februari lepas.
Mek Yang iringi kami ke jeti.
Hari Rabu jeti kurang sibuk orang turun naik.
But there are few interesting characters.wink!
Di jeti kami wajib beli tiket RM5 untuk ke marine park.
Saya rasa pelik.
Biasanya kalau ke pulau, tiket marine park di beli di atas pulau.
Rupa rupanya Perhentian berbeza. Seluruh pulau adalah marine park.
Tunggu tak berapa lama kami naik speed bot dengan pertolongan Mek Yang.
Dari atas boat dan lihat air muara yang jernih.
Hati mengelitik tak sabar nak sampai ke sana!
No comments:
Post a Comment