Saturday, August 29, 2009

Payah ke berpuasa?

Antara insan yang saya hormati telah jatuh rankingnya di kepala saya hari ini.
Saya diberitahu beliau tidak berpuasa sudah beberapa hari.
Bila membicarakan tentang perkara ini, saya seolah-olah tidak percaya. Berkali kali mengulang soalan 'betul ke?' untuk kepastian.

Jadi timbul satu pertanyaan, payah ke berpuasa?

Baru baru ini saya diserang gastrik akibat corak pemakanan yang tak menentu. Satu hari puasa terpaksa dikorbankan kerana takut melarat. Tetapi jauh di sudut hati rasa sedikit ralat. Berbuka terpaksa itu dilakukan pada pukul 3 petang,beberapa jam lagi nak berbuka.

Oleh itu bagaimana ye perasan orang yang sengaja meninggalkannya? Bersalah? Bangga? Takut?

Entahlah. Hanya tuhan yang tahu. Saya masih menghormati insan ini kerana dulu dia memang antara mereka yang banyak membantu dan menolong. Dalam hati ada harapan supaya dia menjadi insan yang lebih baik sesuai dengan kematangan usia dan akalnya. Saya doakan itu dan insya Allah, manalah tahu...

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan tiba lagi

Hari ini sudah 5 Ramadhan.
Tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam.
Niat yang terpasang di hati saya buat Ramadhan kali ini adalah untuk lebih menumpukan kepada kesempurnaan ibadat wajib dan mengurangkan pembaziran.
Ramadhan ini juga saya berharap untuk dapat kembali memfokuskan diri kepada apa yang saya hendak capai dan mengambil tindakan.
Insya Allah.

Sunday, August 16, 2009

Talentime

Yesterday, went to watch Yasmin Ahmad's Talentime.
First time for Mak Ngah, 2nd time for me.
Last March, when the movie was first screened, I cried and laughed while watching the movie.
This time, yup, I cried and laughed, but not as bad as before.
Whylah?
Control macho kot.
But there is one thing that I am really sure, I really love this movie.
Why?
Pasal ni movie Yasmin Ahmad? Mungkin kot. I like her creativity and her work basically.
Mungkin juga sebab saya suka 'Mukhsin'. Kalaulah dapat cari seorang yang macam dia. Kacak di mata saya agaknya. Tengok dia teringat kacaknya abah saya masa muda. Kacak lelaki Melayu.
Watak tidak bernama Jit Murat. Saya panggil watak tu pelawat lelaki misteri Che Embun. Setiap tutur kata penuh misteri dan boleh interprate differently.
Antara dialognya:
Che Embun : Bla bla bla*. Tak geli ke tengok saya muntah?
Watak Jit Murat: Ala muntah...bla bla bla*. Tapi kalau awak berak saya lari.
Che Embun: Bla bla bla*. Tak boleh berjalan?
Watak Jit Murat: Bla bla bla* saya tak boleh berjalan. Tapi saya boleh terbang.
* Dialog penuh akan saya siarkan bila DVD Talentime keluar di pasaran.
Lakonan Azean Edarwaty yang mantap. Watak itu might probably was inspired by her experiences in being a cancer patient.
Memek muka watak Cikgu Adibah. Cukup berkesan.
Watak Cikgu Anuar dengan kisah unrequited love with watak Cikgu Adibah, diselang seli dengan babak suspect Cik Gayah dengan watak Cikgu Tan dan perangai kentutnya yang tak kena masa.
Agungnya cinta watak Mahesh kepada watak Melur hinggakan Mahesh menangis dan mengisyaratkan kata kata dibawah kepada ibunya:
Watak Mahesh (using sign language): Saya cium tanah dimana ibu berdiri. Saya akan lupakan dia(Melur). Tapi ibu harus mengajar saya untuk saya melupakan dia. Kerana sesungguhnya saya tidak tahu bagaimana caranya untuk saya lupakan dia.*
* Dialog di atas tidak accurate. Penulis blog akan berikan dialog yang betul bila DVD asli Talentime berada di pasaran.
BTW , watak Mahesh tu kacak jugalah.
Apa lagi yang saya suka tentang filem ini?
Semua ahli keluarga watak Encik Harith yang terdiri daripada ibu bapa, 3 anak perempuan,ibu Mat Saleh Encik Harith with Yorkshire accent and also Mei Ling, the converted housekeeper.
Plot cerita yang berkisar tentang kasih sayang keluarga, cinta pertama yang agung dan cinta pada ibu.
Plot cerita kematian dan kehidupan.
Plot cerita tentang persahabatan, tanggungjawab dan pengorbanan.
Plot cerita tentang prasangka perkauman, gender and race stereotypes.
Semua elemen yang saya suka ini dipersembahkan dalam one film that has managed to make me laugh and cry for the 2nd time. Elemen yang sedikit sebanyak sebenarnya adalah part of our reality in this life.
Kepada yang mereka yang stereotype, mungkin akan tidak suka dengan tulisan saya ini.
Hey, ini bukan karya agung. Tapi satu karya yang melekat di kepala dan hati saya...
Kan best kalau dapat cik abang yang kacak macam 'Mukhsin'...sigh
Lagi satu, bila 'Muallaf ' nak tayang yek? Sigh...

Kopi Coffee

The chocolate coloured beans that originated from the red small fruits.
The smell of the bean is very aromatic and unique.
The beans are then roasted with other ingredient, butter, salt and such. The process enhances the smell.
Afterwards the roasted beans are grounded to coarse powder.
Take the said powder, stir the powder into boiling hot water and you get a black liquid. Add white sugar brown sugar or no sugar. Sip the liquid slowly, let it linger in the mouth, once its flow into the system, it gives me happiness...


Banyak ringgit malaysia yang telah saya laburkan untuk saya dapatkan kegembiraan ini.
Outletnya pelbagai. Pilih sahaja, local atau international.
Kedai bintang lambang duyung hijau
Kedai biji kopi
Kemaman Hai Peng
Kopi Kluang
Bandar Lama Kopitiam
Pak Li Kopitiam
Dan macam macam lagilah, termasuklah kopi kapal api yang buat orang terbang ke bulan.

Coffee? Happiness?


Kerja banyak, boss macam c****a,customer cam haram, kepala serabut so ubatnye?
Bawak kereta laju laju, pergi ke beli majalah sampah dan terus pergi ke kedai bintang lambang duyung hijau dan order mocha latte ice cube besar takde whipped cream, dan duduk di kerusi empuk dan dengar i-pod. Lepas 20 minit, lega kepala.

Jalan jauh jauh ke utara pantai timur, perut penuh dengan sata dan kerepok leko. Bila lepas kerteh mata dah ngantuk kekenyangan dalam kereta. Ubatnya? Pergi Hai Peng minta kopi o tak pun ice blended kopi dia tambah ngan roti bakar. Terbuka biji mata semula.

Lepak rumah ibu kedua sambil tonton astro, cousin buat air. Air apa? Kopi.Kopi Kluang kalau ada stock. Kalau takde kapal api. Takpun bila keluarga berkumpul, makan tak ingat dunia, bila dah kenyang dan nak mula sessi mengumpat, suruh bibik/PIC di dapur buat air panas. So keluarlah kopi. Jadi kopi time, family time...

Teringat scene dalam filem nujum pak belalang. Belalang buat kopi daripada arang dan habuk sagat bontot kuali.Kalau macam tu, kopi ke?

Wednesday, August 12, 2009

H1N1



Death due to H1N1 is increasing by day. More than 15 Malaysian have died by the virus. Why?

When the outbreak first started people simply ignored the news and never take any precautions againts the virus. But now panic is in the air. I think pharmacies really making money selling the face mask and the desanitisers.

Well the price we have to pay due to ignorance.

Sunday, August 2, 2009

Pulang




Pulang ke tempat kelahiran semalam pagi, tinggal untuk satu malam dan pulang semula petang tadi.
Penghuni rumah hanya tinggal berdua. Rumah tiga bilik yang cukup hingar bingar dua puluh tahun dulu kini sunyi. Hanya diduduki oleh dua insan yang saya sayangi hidup mati dengan perabut lama yang masih baik. Tiada lagi tangis anak kecil, leteran dan kecah barang berteraburan.
Rumah itu ada sedikit bahagian dalam hidup. Walaupun tidak tinggal di situ sejak masuk ke alam sekolah menengah hinggalah sekarang, rumah itu banyak menyimpan kisah dan cerita. Setiap kali pertukaran destinasi kehidupan, saya akan tinggalkan barang barang dari fasa kehidupan tersebut di rumah itu dan menuju ke fasa yang seterusnya.
Jadi di rumah itu ada pelbagai catatan,barangan dan foto suka duka hidup saya.
Di situ ada sekotak surat dari cinta pertama. Di mana segalanya bermula dengan cinta monyet dan akhirnya ditamatkan dengan penyesalan yang berbekas dalam diri hingga hari ini.
Di situ ada buku dan nota nota dari universiti kota yang pernah saya attend, saya gagal dan memberi impak yang cukup besar dalam menentukan cita cita dan masa depan. Apa yang saya pegang dan telah hadapi adalah impak daripada fasa kehidupan ini.
Tetapi yang paling penting, di rumah itu ada dua insan yang paling saya sayangi dunia akhirat.
Mereka tidak sempurna tapi adalah segala galanya buat saya.
Yang menerima saya seadanya. Yang doanya tak putus putus meminta kesejahteraan dalam hidup saya. Yang melahirkan. Yang membesarkan.
Setiap masa bersama mereka adalah pinjaman yang amat berharga.