Antara insan yang saya hormati telah jatuh rankingnya di kepala saya hari ini.
Saya diberitahu beliau tidak berpuasa sudah beberapa hari.
Bila membicarakan tentang perkara ini, saya seolah-olah tidak percaya. Berkali kali mengulang soalan 'betul ke?' untuk kepastian.
Jadi timbul satu pertanyaan, payah ke berpuasa?
Baru baru ini saya diserang gastrik akibat corak pemakanan yang tak menentu. Satu hari puasa terpaksa dikorbankan kerana takut melarat. Tetapi jauh di sudut hati rasa sedikit ralat. Berbuka terpaksa itu dilakukan pada pukul 3 petang,beberapa jam lagi nak berbuka.
Oleh itu bagaimana ye perasan orang yang sengaja meninggalkannya? Bersalah? Bangga? Takut?
Entahlah. Hanya tuhan yang tahu. Saya masih menghormati insan ini kerana dulu dia memang antara mereka yang banyak membantu dan menolong. Dalam hati ada harapan supaya dia menjadi insan yang lebih baik sesuai dengan kematangan usia dan akalnya. Saya doakan itu dan insya Allah, manalah tahu...
No comments:
Post a Comment