Wednesday, July 22, 2009

Mabul July 2009 bahagian 1


Perjalanan bermula seawal sebelas pagi. Empunya diri bergegas ke kantor cuba menyelesai kerja yang tidak usai semalamnya. Bila e-mail ke Ireland sudah diutuskan, bergegas ke kereta mengambil laksajohore di Shah Alam dan bergegas ke LCCT. Mati mati ingat sudah lambat, rupa rupanya antara yang terawal. Sementara menanti yang lain, diet ditinggalkan bila lidah menjamah Big & Tasty Golden Arches sambil mencuci mata. Laksajohore pun turut sekali mengisi perut. Hati bahagia mungkin melihat ciptaan Allah yang sempurna bersepah sepah di lapangan.

Atau mungkin juga gembira memikirkan langkah panjang hujung minggu ini.Duit minyak dah diberi dan kunci cik kelish sudah di tangan.Insan mana yang tak gembira..

Akhirnya semua berlapan muncul. Suasana jadi kecoh seketika. Lama tak berjumpa dan ada wajah wajah baru. Takpe. Ada 3 hari untuk mengenali diri memasing.. LaksaJohore dibiar pulang.Membazir sahaja bayar parking lama lama.

Check in,makan & boarding. Rupanya pesawat ada kelewatan akibat hujan. Menanti lagi.

Bila dibenarkan memanjat pesawat, badan sudah hangit walhal badan masih lagi berada di Selangor. Pertama kali menaiki penerbangan tambang murah terbaik di dunia. Bolehlah. Berbanding kelip kelip, penerbangan asyik ditunda. Selama ini hanya mendengar fakta tersebut dari mulut orang dan sekarang mengalami sendiri.Selepas lebih 30 minit menunggu, akhirnya pesawat bergerak ke runway dan terbang.

LCCT - Tawau ambil masa 2jam 45 minit. Pramugari biasa sahaja. Ada 'hottog' di menu berharga RM9. Minyak cap kapak botol kecil harganya RM6.Adoi! Rasanya dua jam ini antara yang paling lama. Otet dan Afiq asyik menyakat dari seat belakang. Deena lelapkan mata tak tertahan turbulance mungkin. Yang lain lain di seat jauh kedepan makan 'hottog'. Aku ambik kesempatan menghabiskan novel Kinsella yang sudah lama dipinjamkan teman. Selepas puas penyeksaan sampai di Tawau pukul 7.oo pm. Sudah gelap seperti sembilan malam. Ambil luggage dan disambut supir kami, terus menuju ke bandar tawau untuk makan steamboat bersama kenalan keluarga Otet. Sampai di kedai steamboat, nopokedal, makan tanpa segan tidak sedar sudah hampir 10 malam. Hujan menyebabkan semua orang berhenti menyuap, supir sudahpun menunggu di van kami, dvd player dah terpasang cerita duyung lakonan Apek dan Maya Karin.

Tawau - Semporna, 1 jam plus minus. Menonton cerita duyung yang tak pernah ditonton. Mata dah mengantuk tapi tahankan sahaja. Perjalanan mudah. Sabah sudah maju. Tiba di b&b hampir pukul 12.00. Keletihan,check in, mandi, bergurau dan bercerita sedikit dan tertidur.Malam itu Semporna ditamu ribut,aku tidur kesejukan, badan jadik sandwich diapit antara dua tilam dan anjing menyalak dan bersahut...tak sabar tunggu pagi...

No comments:

Post a Comment