Tuesday, July 7, 2009

Sakit Perut


Hari yang panjang.
Bangun cukup awal untuk tidur semula apabila menyemak waktu di skrin komputer. Terlihat nama yang terpahat di hati terpampang hijau di sudut skrin.Mengenangkan perlu menutup cerita lama dan kebengangan akibat ketahuan empunya nama sudah tidak kosong lagi,terus aku menutup mata terlelap semula dan terjaga selepas sedar ada urusan yang tidak selesai usai kerja semalam.
Hati gembira kerana bendera merah berkibar cerah. Tiba Jumaat pasti sudah kering dan cukup tepat waktu. Tiba Sabtu dapatlah aku berapungan di lautan biru laut sambil bertemu janji dengan hidupan karang dan ikan ikan.
Bingkas bangun dan bersiap. Tiba di meja kerja teringat perlu uruskan banyak perkara;
1. Menempah banglo/apartment untuk satu lagi perhimpunan hujung minggu
2. Slide presentation untuk mesyuarat pagi ini
3. Salinan dokumen untuk urusan bank
Hati mengeluh tetapi harus teruskan juga. Sesekali tersenyum mengingatkan hujung minggu yang panjang bakal tiba.
Pagi berlalu, petang tiba. Diam tak diam sudah usai waktu bekerja. Hilang awal dari meja kerana datang awal pagi ini. Di ketika itu tersedar yang perut seperti kembung. Bertemu sepupu untuk minum tetapi bila tiba di rumah sakit tidak reda. Aduh...perut dirawat dengan ubat. Harapannya berkuranglah kesakitan hingga lelap mata...

No comments:

Post a Comment