Thursday, July 23, 2009

Mabul July 2009 bahagian 2


Semporna - Mabul.
Terbangun seawal jam empat pagi akibat deringan alarm fon bimbit. Achuli tersedar terus solat subuh.Cuba tidur semula tetapi tidak nyenyak lagi.
Bila diluar terang, bingkas bangun,buat urusan jamban dan keluar dari bilik untuk mengambil angin pagi di Semporna.Telefon mak di Semenanjung dan di khutbah tentang hari kiamat.Pukul 6.30 terangnya seperti pukul 8.00 pagi.Lihat anak anak ke sekolah pada hari Sabtu. Mungkin sekolah ganti. Langit ada tompok tompok awan buat hati jadi risau.Elokkah cuaca di Mabul nanti?
Bersarapan sambil berbual dengan pekerja B&B.Katanya ribut malam tadi kalau kami berada di Mabul pasti mahu lari ke dataran. Iye? Agak lama juga Semporna tidak dilanda ribut, jelasnya lagi.
Semua orang berkemas dan bersiap dengan pakaian mandi di dalam pakaian biasa.Semangatnya!Tinggalkan B&B dengan van dan supir kami menuju ke tambatan jeti.

Bot yang kami naiki kecil sahaja. Cukup memuatkan 14 orang dengan pemandu.Orang Semporna cukup bangga apabila laman mainan mereka di jadikan lokasi untuk filem duyung yang kami tonton malam tadi. Jeti kami tinggalkan dan kami ditunjukkan rumah aspalela, tempat duyung di kurung ( rupanya sebuah dive resort) dan pulau apek. Bangga sungguh mereka!Perjalanan bot ambil masa sejam.Mula perjalanan melawan arus tiada drama. Tapi apabila bot kami keluar ke laut lepas, acara jongkang jongket bermula. Sakit bontot menahan hentakan, seperti menaiki Gintel atau Osim rider.Laut Celebes memang berbeda dari Laut Cina Selatan. Ada masanya air jadi hijau menunjukkan itu kawasan cetek. Ada masanya kami berada di atas air yang biru gelap dan dalam.
Kedalaman boleh mencecah 2000 meter. Setiap orang diam sahaja apabila di alun ombak besar walaupun pada mulanya menjerit seperti menaiki fun ride the Disneyland. Ada juga yang mulut terkumat kamit membaca ayat suci takut apa apa berlaku.

Akhirnya kami tiba di pulau yang dinantikan. Namun hati tidak begitu optimistik .langit masih biru mendung. Awan rendah. Angin bertiup kencang dan air laut kuat berarus. Bot docking di tepi resort yang begitu backpaker,di sambut Jeff dan kami semua check in dengan mudahnya.Semua orang bertukar baju basah tapi hanya dapat bermain di pelantar jeti.Laut bergelora. Air keruh. Tak dapat bersnokel lagi.

No comments:

Post a Comment