Friday, July 24, 2009

Mabul July 2009 bahagian 3




Hati rasa terkilan. Untuk pujuk hati Jeff aturkan practice session untuk equipment snorkle kami. Jan dan Orix, rakan baru kami, membawa kami ke pantai seberang untuk berlatih. Masuk air pandangan langsung kabur. Air berkeladak tapi kaki terpijak benda keras. Bila tangan menyeluk dasar tertarik keluar tapak sulaiman sebesar pinggan. Amboi besar sungguh sepupu Patrick Star di Mabul! Dari seekor jadi banyak dan masing masing tidak lupa untuk berposing bersama sama cik sulaiman kita.

Sedang sibuk bergalak tapak sulaiman tiba tiba Achuli terasa benda tajam menusuk kaki. Naik ke pantai, periksa kaki dan terdapat tiga bintat hitam hadiah landak laut.Orix diagnosed the finding and advised a cure - air kencing segar orang lelaki. Eeuuww.Achuli nak tergelak pun ada, rasa geli pun ada sambil tahan kesakitan. Kami pun buat sibuk cari volunteer untuk buat sumbangan. Orix dengan selamba berkata yang pundinya dah kosong.Tengah sibuk mencari calon tetiba Aboi jadik volunteer. Achuli pun rasa relieve, pasal penyumbang adalah abang sendiri. Rawatan diteruskan dan kaki Achuli jadi OK dan kami bergerak pulang ke resort untuk makam sambil bercerita tentang pengalaman 'dikencingkan'...

Makan yang dihidangkan cukup enak. Ikan tuna dipotong nipis masak sweet sour, ayam goreng dan sayur. Masa kami sampai sudah nampak ikan tuna yang sebesar pinggul mak dara di singki dapur, sekarang jadik santapan kami.Makan tidak pandang kiri kanan.Lapar selepas bermain air.Angin laut Sulewasi yang bertiup mendinginkan suasana menambahkan rencah makanan.

Lepas perut kenyang hati masih tertanya tanya bila kami nak berenang bersama ikan dan penyu di air.Laut masih berombak, air sudah surut dan kami masih termangu. Lepas makan kami lepak minum teh dan kopi.Sudahnya aturcara di tukar,kami akan melawat penempatan Mabul dan melihat orang orang nya.

2 comments:

  1. Sounded like you had a great time out there in Mabul. Syoknya.

    ReplyDelete
  2. hello cheyah..it was really great and we are thinkking of coming back there. tgh kumpul duit tuk amik diving class.
    thanks also kerana singgah ke my blog..saya budak baru belajar kalau ada something better tolong ajarkan..heheheh

    ReplyDelete